TaarufJodoh.Com
PENGENALAN SYARIKAT
Taaruf Jodoh Dot Com, yang bernaung di bawah syarikat Taaruf Jodoh International, merupakan sebuah institusi latihan dan perundingan yang menawarkan pelbagai program serta acara (event) berkualiti tinggi dalam bidang pencarian jodoh, latihan kekeluargaan Islam, dan pembangunan pasangan Muslim di Malaysia serta rantau Kepulauan Melayu Nusantara.
Matlamat utama kami adalah untuk memperkasa institusi kekeluargaan Islam melalui pelbagai inisiatif dan program pembangunan insan yang menarik, efektif dan berteraskan nilai-nilai Islam. Kami beriltizam untuk membimbing masyarakat Muslim agar mencapai kehidupan berkeluarga yang bahagia, harmoni, produktif dan seimbang sejajar dengan tuntutan semasa.
VISI
Menjadi institusi latihan dan perundingan jodoh Islamik terunggul di Malaysia dan Nusantara yang melahirkan generasi pasangan Muslim berilmu, berakhlak dan berdaya saing dalam membina keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah.
MISI
Menyediakan platform taaruf , training & consultancy perkahwinan Islam secara sistematik, profesional dan patuh syariah.
Menyampaikan ilmu, bimbingan dan perundingan rumah tangga melalui pendekatan moden, psikologi dan dakwah.
Membangunkan program pembangunan keluarga Islam berteraskan akidah, kasih sayang, tanggungjawab dan ilmu.
Mengadakan program komuniti dan acara sosial Islamik yang memperkukuh silaturahim dan perpaduan keluarga Muslim.
LATAR PENUBUHAN
Penubuhan Taaruf Jodoh Dot Com lahir daripada kesedaran bahawa setiap individu Muslim dewasa perlu diberi peluang untuk mendalami ilmu kepimpinan diri dan keluarga, serta diberi panduan yang praktikal dalam menjalani kehidupan rumah tangga berlandaskan Islam.
Kami percaya bahawa kebahagiaan dan kecemerlangan sesebuah keluarga bermula daripada pemahaman, latihan dan bimbingan yang berterusan. Justeru, kami merangka program latihan yang komprehensif bagi membentuk individu Muslim yang berilmu, bertanggungjawab dan berakhlak tinggi, seterusnya melahirkan masyarakat yang sejahtera dan berdaya maju.
KEPAKARAN DAN PAKAR PERUNDING
Untuk merealisasikan misi ini, Taaruf Jodoh Program & Event disokong oleh barisan penceramah, kaunselor dan perunding latihan yang berpengalaman, berkaliber serta bertauliah dalam bidang:
Kaunseling & Psikologi Keluarga Islam
Perundingan Taaruf Jodoh
Latihan Pembangunan Diri & Kepimpinan Kekeluargaan Islam
Pembangunan Komuniti & Sosial Islam
Pengurusan Acara Islamik & Korporat
Tenaga profesional kami berperanan dalam merancang, melaksana dan menilai program latihan yang disesuaikan untuk individu, pasangan, keluarga, institusi pendidikan, agensi kerajaan, korporat, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.
KESIMPULAN
Dengan pendekatan yang profesional, berstrategi dan berpaksikan nilai Islam, Kelab Taaruf Jodoh Malaysia berhasrat menjadi peneraju utama pembangunan keluarga Muslim moden, seiring dengan aspirasi membina umat yang berilmu, berakhlak dan sejahtera di dunia dan akhirat.
Menjadi organisasi perundingan latihan yang menyumbang aktif ke arah kebahagiaan modal insan secara holistik
Menjadi organisasi perundingan latihan yang mampu berdaya saing dalam menjana kesejahteraan individu keluarga masyarakat dan ummah justeru dapat membangunkan diri individu masyarakat dan ummah yang bahagia, berilmu, beriman dan beramal demi kejayaan di dunia dan di akhirat.
Event & Program latihan yang dibentuk adalah sesuai dengan keperluan peserta individu masyarakat dan organisasi.
Latihan yang dikendalikan memberi kesan – kesan positif dan efektif untuk kebahagian rohani dan jasmani individu dan masyarakat.
Kelab Cari Jodoh Malaysia akan memberikan latihan yang terbaik untuk merangsang perubahan individu secara menyeluruh (mental, fizikal, spiritual, emosi dan sosial).
Hanya orang yang inginkan ‘KEBAIKAN’ 'KEBAHAGIAAN 'KESEJAHTERAAN' dan ‘CEMERLANG’ kepada 'Diri Dan Keluarga' akan dapat melaksanakan setiap peranan dan tanggungjawab dengan cara terbaik dengan mawaddah sakinah dan warahmah.
Program latihan akan dikendalikan oleh tenaga penggerak dan barisan perunding latihan yang terlatih dan berpengalaman.
85% pemikiran manusia adalah negatif, gelap dan punca utamanya "Kekurangan knowledge'' yakni beramal tanpa ilmu dan guru yang benar,"icon hidup" mentor atau pembimbing yang Benar dan mengakibatkan hati dan jiwanya gagal dibersihkan dan terpalit dengan kekotoran. Penekanan latihan ke arah penyucian minda dan hati untuk berubah menjadi ‘JIWA YANG BERSIH’ yang lebih Bahagia cemerlang,berkualiti, produktif dan mampu membahagiakan diri, pasangan, keluarga masyarakat dan ummah.